EN | ÖÐÎÄ | BM
Log masuk atau Daftar

CONVATEC SUR-FIT NATURA DURAHESIVE CONVEX MOLDABLE FLEXIBLE WAFER (BOX OF 10)

CONVATEC SUR-FIT NATURA DURAHESIVE CONVEX MOLDABLE FLEXIBLE WAFER (BOX OF 10)

CONVATEC SUR-FIT NATURA DURAHESIVE CONVEX MOLDABLE FLEXIBLE WAFER (BOX OF 10)

Berat: 750 g
RM 200.00
Dalam Stok
Kuantiti
                                                                                         1052458G2 Disemak 2017-02 BAHASA MELAYU
Wafer Durahesive®
Durahesive®

FLEKSIBEL Wafer dengan kolar fleksibel

Arahan Penggunaan
INDIKASI
Untuk pengurusan output stoma.

LANGKAH BERJAGA-JAGA DAN PEMERHATIAN
INGATAN: Perlu berhati-hati apabila menggunakan produk pelekat di sekitar urostomi mengalir terutamanya apabila dikaitkan dengan megaureter dan ketiadaan takungan air kencing. Jarang sekali, laporan klinikal telah didokumenkan mengenai kewujudan pelekat dalam sistem pengumpulan buah pinggang pesakit ini Sekiranya massa dikesan dalam saluran kencing, nilai penggunaan berterusan produk pelekat dan mulakan pengurusan klinikal yang sesuai.

Nota: Sekiranya kerengsaan berlaku, hentikan penggunaan dan rujuk pakar kesihatan. Kulit peristom mesti bersih, kering dan bebas daripada bahan pelarut atau berminyak.

ARAHAN PENGGUNAAN

PERSEDIAAN WAFER
Dengan menggunakan panduan yang disediakan, pilih wafer dengan bebibir yang sekurang-kurangnya 1/2 inci (13 mm) lebih besar daripada diameter paling luas stoma. 
Jejaki garis stoma yang sama ke kertas pelepas wafer. 
Potong di sepanjang lakaran meninggalkan sekurang-kurangnya 1/4 inci (7 mm) sawar kulit di antara lubang permulaan yang diperbesarkan dan bebibir. Tanggalkan kertas pelepas.

PEMASANGAN WAFER
Pastikan padanan kemas di sekeliling stoma. 

PEMASANGAN KANTUNG
Untuk memeriksa kedap bebebir, tekan di bahagian bawah bebibir dan gerakkan ke bahagian atas bebibir. Beberapa “klik” mungkin kedengaran. 

MENGGUNAKAN PENAPIS UNTUK KANTUNG TERTUTUP DENGAN PENAPIS
Anda mesti menutup bukaan penapis dengan penutup penapis lekatan yang disediakan semasa semua aktiviti air (mandi, mandi hujan atau berenang). Untuk membantu mengelakkan kantung terlebih kembung, jangan lupa untuk menanggalkan penutup selepas aktiviti air selesai dan kantung telah kering.

Sekiranya anda menggunakan kantung yang ditapis empat celahan, gunakan penutup penapis untuk mengawal aliran udara untuk membantu mengelakkan runtuhan dan/atau kantung terlebih kembung. Biarkan satu celahan terdedah untuk aliran udara minimum. Kedudukan ini akan membantu menghalang keruntuhan kantung.

UNTUK KANTUNG TERTUTUP DENGAN PENAPIS BUKAAN TERTUTUP
Anda mesti menutup bukaan penapis dengan penutup penapis lekatan yang disediakan semasa semua aktiviti air (mandi, mandi hujan atau berenang). Untuk membantu mengelakkan kantung terlebih kembung, ingat untuk menanggalkan penutup selepas aktiviti air selesai dan kantung telah kering.

MENGGUNAKAN OUTLET INVISICLOSE™
ARAHAN UNTUK MENUTUP KANTUNG:

Sistem penutup ekor InvisiClose terdiri daripada penutup keselamatan (A), penutup bercantum (B) dan jaluran hujung outlet (C).

Pegang penutup keselamatan di hadapan kantung yang mendedahkan penutup bercantum.

Lipat hujung ekor ke arah anda empat kali dan pastikan penutup bercantum bertindih.

Tekan penutup bercantum bersama-sama sehingga anda merasakan ia mengunci (KLIK) ke tempatnya di sepanjang keseluruhan kepanjangannya.

Balut penutup keselamatan di sekeliling hingga ke belakang kantung (bahagian tubuh) dan tekan penutup bercantum bersama-sama sehingga anda merasakan ia mengunci (KLIK) ke tempatnya.

ARAHAN UNTUK MENYALIRKAN KANTUNG:
Pusingkan bahagian belakang kantung (bahagian badan) ke arah anda. Berhati-hati angkat penutup keselamatan ke arah anda untuk membuka kunci.

Sambil memegang penutup keselamatan terhadap bahagian depan kantung, buka kunci penutup bercantum dengan mengangkat di sudut (A) dan bongkar lipatan sebanyak empat kali. (B)

Untuk memudahkan penyaliran dan/atau pembersihan, anda boleh membuka hujung ekor dengan menolak kedua-dua hujung salur hujung outlet menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

Sekiranya dikehendaki, ekor kantung boleh dibersihkan dengan sabun lembut dan air. Tepuk sehingga kering.

PELUPUSAN
Patuhi keperluan/peraturan pelupusan tempatan.








Sila tinggalkan pertanyaan anda disini, kami akan balas secepat mungkin.
Nama*  
Nama Syarikat  
Produk Berminat  
Kuantiti  
Emel*  
No. Telefon*  
Lampiran  
*only support gif, jpeg, jpg, png, pdf
Mesej*  

Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
1
Hello! Thanks for visiting my site. Please press Start button to Contact with Admin :)

Start